Assalamualaikum w.b.t @ salam sejahtera
kawan2..pe khabar sume??? Alhamdulillah, kita dah sampai ke fasa ke 3 dalam
bulan penuh barakah ni, bulan Ramadhan..puasa ke suma??? Ok la, kat sini, saya
nak kongsi sedikit mengenai lailatul qadar @ pun malam qadar..selalu kita
dengar orang sebut malam lailatul qadar, tapi salah sebutan sebenarnya tu…laila
tu maksudnya malam, so kita tak perlu la sebut malam lagi..cukup sekadar
lailatul qadar..kalau kita sebut malam lailatul qadar, maknanya malam-malam
qadar, haa kan dah salah..malam qadar 1 malam je kan….ok la, ni sedikit
perkongsian daripada apa yang saya dah baca…
Kata sesetengah ulama’, lailatul qadar
berlaku pada 1 malam tertentu seperti malam 21 & 23 Ramadhan. Ini menurut
Imam Syafie r.a & sesetengah ulama’ kerana terdapat hadith Bukhari &
Muslim yang menceritakan lailatul qadar berlaku pada malam tersebut sehingga
Rasulullah S.A.W. sujud & dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada
malam itu. Ada sesetengah ulama’ pula tidak menentukannya secara pasti &
ada juga ulama’ terutama dari kalangan zuhud & sebagainya mengira dengan
hari permulaan puasa.
Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa
jatuh pada hari:
Ø Ahad @ Rabu =
lailatul qadar pada hari ke 29.
Ø Jumaat @ Selasa = lailatul qadar pada hari ke 27.
Ø Khamis =
lailatul qadar pada hari ke 25.
Ø Sabtu =
lailatul qadar pada hari ke 23.
Ø Isnin = lailatul qadar pada hari
ke 21.
Demikianlah kaedah yang digunakan oleh
sebahagian ulama’. Tapi bagi saya, saya ikut tanda-tanda malam qadar. Nak tau
tanda-tanda lailatul qadar?
TANDA & ALAMAT
Tanda & alamatnya adalah banyak,
antaranya:
§ Malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan & tenteram.
§ Angin bertiup lembut, sepoi-sepoi bahasa.
§ Esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup & cahaya
matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa.
HIKMAH
Hikmahnya ialah apabila seseorang mengetahui
malam qadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa & istighfar juga
ibadat pada malam & keesokannya, untuk mendapat fadhilat hari yang penuh
berkat & mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam
Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat Jemaah setiap waktu,
Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama’ dia pasti memperoleh fadhilat malam
qadar.
Sumber: http://hazrilhafiz.blogspot.com
No comments:
Post a Comment