Apa jawapan anda???
Assalamualaikum w.b.t…lama
rasa tinggalkan blog nie…bersawang dah kot…hehe…pe khabar sahabat-sahabat? Harap
sumanya berada di bawah lindungan rahmat-Nya, insyaAllah…ok, kali nie, saya nak
mintak kawan-kawan berfikir sikit…haaa…nape saya suh pilih? Camni citanya…AL-KISAH…
Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam
ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:
“Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan
hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya
kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan
sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat.
Saat itu juga anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian
bas itu, anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang
sedang menunggu kedatangan bas:
* seorang NENEK TUA yang sakit
* seorang DOKTOR yang pernah menyelamatkan hidup anda sebelumnya
* seseorang yang selama ini menjadi IDAMAN HATI anda
* seorang DOKTOR yang pernah menyelamatkan hidup anda sebelumnya
* seseorang yang selama ini menjadi IDAMAN HATI anda
Anda hanya boleh
mengajak SATU ORANG untuk membonceng anda. Siapakah yang akan anda ajak? Dan, JELASKAN
jawapan anda mengapa anda melakukan itu!”
S
ebelum anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu anda
pertimbangkan:
- Seharusnya anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah
tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau
difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan
yang lainnya masih sangat muda dan harapan masa hadapannya masih panjang.
- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup anda. Inilah saat yang
tepat untuk membalas budinya. Tapi, kalau difikir, kalau sekadar membalas budi,
waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan
mendapat kesempatan itu lagi.
- Mendapatkan idaman
hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini anda tidak ambil
peluang, mungkin anda tidak akan bertemu dia lagi. Dan, impian anda akan terkandas
selamanya.
Jadi anda pilih yang
mana?
Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima
bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawapannya,
hanya menulis dengan singkat & ringkas:
“Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada sang doktor
dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk
ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan sang idaman
hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami.”
Ya, jawapan di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi,
kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana
kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan
di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?
Terkadang..., dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskansemua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapat sesuatu yang jauh lebih besar...
No comments:
Post a Comment