ASSALAMUALAIKUM...

Friday, August 10, 2012

LAILATUL QADAR



Assalamualaikum w.b.t @ salam sejahtera kawan2..pe khabar sume??? Alhamdulillah, kita dah sampai ke fasa ke 3 dalam bulan penuh barakah ni, bulan Ramadhan..puasa ke suma??? Ok la, kat sini, saya nak kongsi sedikit mengenai lailatul qadar @ pun malam qadar..selalu kita dengar orang sebut malam lailatul qadar, tapi salah sebutan sebenarnya tu…laila tu maksudnya malam, so kita tak perlu la sebut malam lagi..cukup sekadar lailatul qadar..kalau kita sebut malam lailatul qadar, maknanya malam-malam qadar, haa kan dah salah..malam qadar 1 malam je kan….ok la, ni sedikit perkongsian daripada apa yang saya dah baca…

Kata sesetengah ulama’, lailatul qadar berlaku pada 1 malam tertentu seperti malam 21 & 23 Ramadhan. Ini menurut Imam Syafie r.a & sesetengah ulama’ kerana terdapat hadith Bukhari & Muslim yang menceritakan lailatul qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah S.A.W. sujud & dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama’ pula tidak menentukannya secara pasti & ada juga ulama’ terutama dari kalangan zuhud & sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:
Ø  Ahad @ Rabu      = lailatul qadar pada hari ke 29.
Ø  Jumaat @ Selasa = lailatul qadar pada hari ke 27.
Ø  Khamis             = lailatul qadar pada hari ke 25.
Ø  Sabtu              = lailatul qadar pada hari ke 23.
Ø  Isnin               = lailatul qadar pada hari ke 21.
Demikianlah kaedah yang digunakan oleh sebahagian ulama’. Tapi bagi saya, saya ikut tanda-tanda malam qadar. Nak tau tanda-tanda lailatul qadar?

 TANDA & ALAMAT
Tanda & alamatnya adalah banyak, antaranya:
§  Malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan & tenteram.
§  Angin bertiup lembut, sepoi-sepoi bahasa.
§  Esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup & cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa.

 HIKMAH
Hikmahnya ialah apabila seseorang mengetahui malam qadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa & istighfar juga ibadat pada malam & keesokannya, untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat & mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat Jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama’ dia pasti memperoleh fadhilat malam qadar.