ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, January 10, 2012

TOPI?

TOPI BERFIKIR...
ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA...PE KHABAR KWN2? KT SINI SY NK KONGSI SIKIT ILMU YG SY DH DPT DRPD PROGRAM YG SY DH ATTEND...HOPE U ALL ENJOY N GET SOMETHING FROM IT...

KAEDAH BERFIKIR OLEH eDWARD DE bONO:

HIJAU : PEMIKIRAN KREATIF
HIJAU OTAK yG SUBUR DENGAN IDEA-GUNAKAN TOPI APABILA BERFIKIR.SEWAKTU PAKAI topi ini jangan peduli samada idea itu betul atau salah. lebih banyak lebih bagus. idea gila2 pon tak apa. pakai topi ini waktu mula2  berfikir, sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.
topi hijau pula mewakili kreativiti. ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari  perspektif yg baru dan juga mengeluarkan idea2 yg kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah. topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan menjanakan idea2 alternatif yg lebih baik berbanding idea asal. ia juga digunakan utk menyelesaikan atau membaiki masalah yg dilihat melalui topi hitam.
kreatif...
kuning
lambang pemikiran konstruktif dan membina. kuning lambang hari cerah. digunakan utk mencari faedah dan manfaat daripada apa2 idea yg diterbitkan oleh topi hijau. bagi topi kuning, suma idea boleh dibaiki, tidak ada yg mustahil. sumanya boleh belaka. idea yg comot sekalipon boleh digilap. situasi yg paling baik utk memakai topi ni ialah apabila mendengar idea2 yg byk kelemahan.
membina...
putih
lambang pemikiran objektif. tujuan utk mencari maklumat semata-mata. berapa? siapa? di mana? bila? bagaimana? tidak emosi, tidak prejudis, tidak timbul soal suka atau tidak. gunakan topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana2 alternatif. topi ini akan memastikan keputusan yg diambil adalah berdasarkan maklumat yg betul.
topi putih digunakan utk mengumpul secara objektif segala maklumat yg berkaitan dengan apa yg sedang kita amati. setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.
pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali utk dimasukkan sebagai maklumat yg hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. hal ini amat bertentangan dengan pemikkiran tradisional yg mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta2 utk menyokong keputusan berkenaan.
topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan utk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yg telah dibuat itu adalah berdasarkan kepada mklumat yg telah dikumpulkan.  
info...
hitam
lambang pemikiran yg kritikal dan negatif. hitam lambang malam yg gelap, segalanya tiada harapan. apabila memakai topi ini, cari suma yg salah, yg silap, yg sukar, yg berisiko dan berbahaya. topi ini sesuai digunakan utk menghasilkan pelan kecemasan. sebelum membuat sebarang tindakan, fikirkan apa yg buruk dan yg baik.
topi hitam digunakan utk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang2, keselamatan dan lain2 agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. dalam erti kata lain, kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yg akan diambil. ia juga membenarkan kita utk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
topi hitam juga dapat membantu kita menjadikn perancangan yg dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko2 yg mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.
logikal...
merah
topi merah melambangkan pemikkiran emotif dan nilai. warna merah lambang ghairah dan nafsu tapi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. situasi yg sesuai memakai topi ini adalah selepas mengambil semua fakta yg ada.
menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi samada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yg telah dibuat. ia juga cuba utk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.
emosi...
biru
topi biru lambang langit. topi di atas sekali. menganalisis topi2 lain bekerja. topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupon dalam bahasa yg mudah, ia digunakan utk mengawal kegunaan topi berfikir yg lain. kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.
ia boleh digunakan pada awal perbincangan utk menjelaskan perkara yg akan dibincangkan. menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yg akan digunakan dalam perbincangan tersebut. pemikir yg memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung utk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan.
langit? eh, comel la plak...


"Thinking is the ultimate human resource. yet we can never be satisfied with our most important skill, no matter how good we become, we should always want to be better" 
"what i am putting forward in this book is a very simple concept which allows a thinker to do one thing at a time. he or she becomes able to separate emotion from logic, creativity from information, and so on"
"the six thinking hats allow us to conduct our thinking as a conductor might lead an orchestra"
- SIX THINKING HATS- by edward de bono


::: anda pakai topi yg mana? :::
that's all for now...hope u all enjoy n practice it...got to go...sayonaraaa...


aja-aja fighting!!!
peace no war...