ASSALAMUALAIKUM...

Friday, September 28, 2012

FAKTA KESIHATAN

§  Minum dua gelas air masakSELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
§  Minum segelas air masak30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
§  Minum segelas air masakSEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
§  Minum segelas air masakSEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Bagi yang tidak suka minum air mineral, mulakan minum daripada sekarang. Kurangkan minuman manis bagi mencegah penyakit.

Friday, August 10, 2012

LAILATUL QADAR



Assalamualaikum w.b.t @ salam sejahtera kawan2..pe khabar sume??? Alhamdulillah, kita dah sampai ke fasa ke 3 dalam bulan penuh barakah ni, bulan Ramadhan..puasa ke suma??? Ok la, kat sini, saya nak kongsi sedikit mengenai lailatul qadar @ pun malam qadar..selalu kita dengar orang sebut malam lailatul qadar, tapi salah sebutan sebenarnya tu…laila tu maksudnya malam, so kita tak perlu la sebut malam lagi..cukup sekadar lailatul qadar..kalau kita sebut malam lailatul qadar, maknanya malam-malam qadar, haa kan dah salah..malam qadar 1 malam je kan….ok la, ni sedikit perkongsian daripada apa yang saya dah baca…

Kata sesetengah ulama’, lailatul qadar berlaku pada 1 malam tertentu seperti malam 21 & 23 Ramadhan. Ini menurut Imam Syafie r.a & sesetengah ulama’ kerana terdapat hadith Bukhari & Muslim yang menceritakan lailatul qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah S.A.W. sujud & dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama’ pula tidak menentukannya secara pasti & ada juga ulama’ terutama dari kalangan zuhud & sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:
Ø  Ahad @ Rabu      = lailatul qadar pada hari ke 29.
Ø  Jumaat @ Selasa = lailatul qadar pada hari ke 27.
Ø  Khamis             = lailatul qadar pada hari ke 25.
Ø  Sabtu              = lailatul qadar pada hari ke 23.
Ø  Isnin               = lailatul qadar pada hari ke 21.
Demikianlah kaedah yang digunakan oleh sebahagian ulama’. Tapi bagi saya, saya ikut tanda-tanda malam qadar. Nak tau tanda-tanda lailatul qadar?

 TANDA & ALAMAT
Tanda & alamatnya adalah banyak, antaranya:
§  Malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan & tenteram.
§  Angin bertiup lembut, sepoi-sepoi bahasa.
§  Esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup & cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa.

 HIKMAH
Hikmahnya ialah apabila seseorang mengetahui malam qadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa & istighfar juga ibadat pada malam & keesokannya, untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat & mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat Jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama’ dia pasti memperoleh fadhilat malam qadar.




Monday, July 9, 2012

YOUR CHOICE???


Apa jawapan anda??? 

Assalamualaikum w.b.t…lama rasa tinggalkan blog nie…bersawang dah kot…hehe…pe khabar sahabat-sahabat? Harap sumanya berada di bawah lindungan rahmat-Nya, insyaAllah…ok, kali nie, saya nak mintak kawan-kawan berfikir sikit…haaa…nape saya suh pilih? Camni citanya…AL-KISAH…

Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:

“Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat. Saat itu juga anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian bas itu, anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:

* seorang NENEK TUA yang sakit
* seorang DOKTOR yang pernah menyelamatkan hidup anda sebelumnya
* seseorang yang selama ini menjadi IDAMAN HATI anda

Anda hanya boleh mengajak SATU ORANG untuk membonceng anda. Siapakah yang akan anda ajak? Dan, JELASKAN jawapan anda mengapa anda melakukan itu!”
S
ebelum anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu anda pertimbangkan:

- Seharusnya anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lainnya masih sangat muda dan harapan masa hadapannya masih panjang.

- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup anda. Inilah saat yang tepat untuk membalas budinya. Tapi, kalau difikir, kalau sekadar membalas budi, waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan mendapat kesempatan itu lagi.

- Mendapatkan idaman hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini anda tidak ambil peluang, mungkin anda tidak akan bertemu dia lagi. Dan, impian anda akan terkandas selamanya.

Jadi anda pilih yang mana?

Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawapannya, hanya menulis dengan singkat & ringkas:

“Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada sang doktor dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan sang idaman hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami.”

Ya, jawapan di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi, kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?

Terkadang..., dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskansemua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapat sesuatu yang jauh lebih besar...

Friday, April 20, 2012

SAFF...SAFF...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pe khabar kawan2 sekalian???
Lama rasanya tak post kat sini..
Sebelum kita berkongsi ilmu, saya nak kawan2 senyum dulu… senyummm…(@_@)v
Ok la…kali ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya belajar…mungkin ramai yang dah tahu tapi ramai juga yang tak tahu sebenarnya terutamanya kaum hawa…
Anda tahu atau tidak???

Gambar kat atas ni adalah gambar kedudukan saf untuk seorang lelaki dan seorang wanita…lelaki tu imam tau…makmum wanita tu mesti la berada betul2 di belakang imam…haa…anda tahu tak?


Gambar kat atas ni pulak menerangkan lebih detail lagi mengenai posisi imam lelaki/wanita dan makmum lelaki/wanita…haaa…anda tahu tak???


Kat atas ni pulak kedudukan imam dan makmum termasukla makmum khunsa…haaa…anda tahu tak???


Q : Gambar pe ni??? Nape budak lelaki tu tegur kawan dia camtu???
A : Dalam kita nak luruskan saff, kita kena samakan kaki kita dengan makmum di sebelah kita…
Q : Camna nak samakan kaki dengan makmum di sebelah???
A : Kita kena samakan belakang tapak kaki kita dengan makmum di sebelah…
Q : Nape kena samakan belakang tapak kaki??? Nape tak samakan kaki depan jer???
A : Kita kena luruskan saff, betul??? So, kalau kita samakan kaki depan, jari kaki kita ni suma sama panjang ke??? Tak kan…sebab tu la kita kena samakan belakang tapak kaki…baru lurus saff kita…    
Haaa…anda tahu tak???


Hmm…amacam kawan2…benda ni benda basic yang sepatutnya kita sebagai seorang mukmin kena tahu…so, tunggu pe lagi kawan2…kita amalkan pe yang kita tahu dan sebarkan kepada yang lain…semoga ilmu yang kita dapat ni bermanfaat untuk kita 1 hari nanti, insyaAllah…
Setakat ni dulu perkongsian saya…sekadar peringatan untuk diri sendiri juga…semoga kita jumpa lagi…wassalam…

PEACE NO WAR…
AJA-AJA FIGHTING!!!

Sunday, February 26, 2012

KILLER QUESTIONS

KILLER QUESTIONS!!!
1)         Pernah ke ustaz ajar awak suma tinggal doa iftitah masa solat walaupun ia sunat?
2)        Nape perlu melatah sebut yang bukan2 contohnya oo mak!? Nape tak digantikan dengan ucapan membesarkan Allah S.W.T contohnya Allahuakbar?
3)        Buka mata tiap2 pagi je mengadap fb. Pe masalah klu di awal pagi selepas solat kita mengadap ayat2 suci al-Quran?
4)        Nape kita beria2 mandi, siap cantik2 utk bertemu dengan orang lain sedangkan tidak begitu bila mahu menghadap Allah S.W.T sedangkan kita sendiri mengaku kita cinta akan Allah S.W.T?
5)        Kita cakap kita cinta Rasulullah S.A.W. Tapi nape kita tak buat sunnah2 Baginda walaupun yang simple?
6)        Yg suke sangat solat lewat 2ce fikir tetibe klu2 la kita mati time 2,tak sempat nak solat, pe kite nk jwb nnt? Nal salahkan sape?
7)        Untuk sesetengah masjid (slalunya kat kampung2) dah statekan yg setiap hari Khamis malam Jumaat mesti baca surah Yaasinmacam wajib plak kntapi pernah tak kita amek tau surah yg digalakkan dibaca pada Khamis malam Jumaat adalah surah al-Kahfi, bukannya surah Yaasin?
Hmmcene kawan2? Ni la memori yang saya dapat semasa berada di bangku skola dulusoklan2 ni juga la yg ubah diri saya sikit demi sikitkita kena berfikir dengan bijak, bukan sekadar logik tapi juga berdasarkan imankesimpulannya, tepuk dada, tanyalah iman masing2

Peace no war!!!
Aja-aja fighting!!!

Tuesday, January 10, 2012

TOPI?

TOPI BERFIKIR...
ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA...PE KHABAR KWN2? KT SINI SY NK KONGSI SIKIT ILMU YG SY DH DPT DRPD PROGRAM YG SY DH ATTEND...HOPE U ALL ENJOY N GET SOMETHING FROM IT...

KAEDAH BERFIKIR OLEH eDWARD DE bONO:

HIJAU : PEMIKIRAN KREATIF
HIJAU OTAK yG SUBUR DENGAN IDEA-GUNAKAN TOPI APABILA BERFIKIR.SEWAKTU PAKAI topi ini jangan peduli samada idea itu betul atau salah. lebih banyak lebih bagus. idea gila2 pon tak apa. pakai topi ini waktu mula2  berfikir, sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.
topi hijau pula mewakili kreativiti. ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari  perspektif yg baru dan juga mengeluarkan idea2 yg kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah. topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan menjanakan idea2 alternatif yg lebih baik berbanding idea asal. ia juga digunakan utk menyelesaikan atau membaiki masalah yg dilihat melalui topi hitam.
kreatif...
kuning
lambang pemikiran konstruktif dan membina. kuning lambang hari cerah. digunakan utk mencari faedah dan manfaat daripada apa2 idea yg diterbitkan oleh topi hijau. bagi topi kuning, suma idea boleh dibaiki, tidak ada yg mustahil. sumanya boleh belaka. idea yg comot sekalipon boleh digilap. situasi yg paling baik utk memakai topi ni ialah apabila mendengar idea2 yg byk kelemahan.
membina...
putih
lambang pemikiran objektif. tujuan utk mencari maklumat semata-mata. berapa? siapa? di mana? bila? bagaimana? tidak emosi, tidak prejudis, tidak timbul soal suka atau tidak. gunakan topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana2 alternatif. topi ini akan memastikan keputusan yg diambil adalah berdasarkan maklumat yg betul.
topi putih digunakan utk mengumpul secara objektif segala maklumat yg berkaitan dengan apa yg sedang kita amati. setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.
pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali utk dimasukkan sebagai maklumat yg hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. hal ini amat bertentangan dengan pemikkiran tradisional yg mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta2 utk menyokong keputusan berkenaan.
topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan utk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yg telah dibuat itu adalah berdasarkan kepada mklumat yg telah dikumpulkan.  
info...
hitam
lambang pemikiran yg kritikal dan negatif. hitam lambang malam yg gelap, segalanya tiada harapan. apabila memakai topi ini, cari suma yg salah, yg silap, yg sukar, yg berisiko dan berbahaya. topi ini sesuai digunakan utk menghasilkan pelan kecemasan. sebelum membuat sebarang tindakan, fikirkan apa yg buruk dan yg baik.
topi hitam digunakan utk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang2, keselamatan dan lain2 agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. dalam erti kata lain, kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yg akan diambil. ia juga membenarkan kita utk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
topi hitam juga dapat membantu kita menjadikn perancangan yg dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko2 yg mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.
logikal...
merah
topi merah melambangkan pemikkiran emotif dan nilai. warna merah lambang ghairah dan nafsu tapi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. situasi yg sesuai memakai topi ini adalah selepas mengambil semua fakta yg ada.
menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi samada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yg telah dibuat. ia juga cuba utk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.
emosi...
biru
topi biru lambang langit. topi di atas sekali. menganalisis topi2 lain bekerja. topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupon dalam bahasa yg mudah, ia digunakan utk mengawal kegunaan topi berfikir yg lain. kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.
ia boleh digunakan pada awal perbincangan utk menjelaskan perkara yg akan dibincangkan. menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yg akan digunakan dalam perbincangan tersebut. pemikir yg memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung utk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan.
langit? eh, comel la plak...


"Thinking is the ultimate human resource. yet we can never be satisfied with our most important skill, no matter how good we become, we should always want to be better" 
"what i am putting forward in this book is a very simple concept which allows a thinker to do one thing at a time. he or she becomes able to separate emotion from logic, creativity from information, and so on"
"the six thinking hats allow us to conduct our thinking as a conductor might lead an orchestra"
- SIX THINKING HATS- by edward de bono


::: anda pakai topi yg mana? :::
that's all for now...hope u all enjoy n practice it...got to go...sayonaraaa...


aja-aja fighting!!!
peace no war...