ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, May 23, 2010

PE YANG SPECIALNYA MENGENAI PEREMPUAN???

Assalamualaikum & salam sejhtera kpd kwn2 sekalian....salam hebat & luar biasa juga....beruntung la bg sespe yg mnganggap dirinya hebat pd hr ni & sgt2 la rugi bg sespe yg mnganggap dirinya lemah pd hr ni....
emm...lme x jenguk kt cni...maaf la ye...agk cbuk ckit...mklum la, sblm ni de exam...skrg ni da cuti da...tp still de kt hostel lg...blek skjp je...de kje la plak...hehehe...pa2 pon, xksah la....jnji kte ikhlas nk wt sesuatu kn???
ok...hr ni sy nk cite mngenai klebihan pmpn...haaaaaa....jgn ingt pmpn ni kaum yg lmah je...pmpn pon de klebihannya t'sndri...sbllm sy cite, sy nk kwn2 snyum dlu...SENYUMMMMMMM....:-) haaa....cm2 la...bru sronok ckit nk b'crita...ok..kt bwah ni de bbrape klebihan yg ALLAH S.W.T kurniakn kpd kaum hawa :



KELEBIHAN KAUM HAWA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawab lah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

Emm, 2 la diantara specialnya kaum hawa...so, kpd kaum hawa skalian, anda spatutnya b'syukur dilahirkn sbg pmpn...jgn anggap diri anda lemah & x b'guna tp b'syukur la di ats klebihan2 yg Allah tlh berikn kpd anda...sesungguhnya ISLAM tlh mngangkat drjt kaum hawa....subhanallah....kita bknnya hamba tp kurniaan yg istimewa kpd kaum adam...sbg tulang blkang kpd mrk...so gunakn klebihan yg tlh diberikn dgn sebaiknya utk mndpat keredhaan-Nya...insyaALLAH...